Thursday, July 19, 2012

MENGECAT PERMUKAAN KONKRIT, LEPA DAN BATA


Permukaan konkrit dan lepa bersifat alkali apabila baru dibuat kerana kandungan simen atau kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali ini akan bertindak balas dengan cat dan menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui sejatan mengambil masa yang agak lama. Oleh sebab itu, mencapai kemasan cat yang bermutu, keadaan-keadaan yang berikut mestilah di atasi.

a.Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya penyerapan yang tiak sekata – Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi di cairkan dengan air.

b.Permukaan yang tidak rata – Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan lekuk-lekuk ditampalkan dengan lepa.

c.Tumbuhan kulat dan sebagainya – Kejaidan seperti ini mungkin disebabkan oleh kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan tembok dengan cara membasuh menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan sehingga kering sebelum dict semula.

d.Pemeluwapan – Pemeluwapan berlaku pada permukaan tembok yang keas dan tidak menyerap. Permukaan tembok boleh dibasuh dengan larutan asid cair ataupun larutan campuran 5 bahagian turpentine dengan 1 bahagian minyak linseed. Kesimpulannya, keadaan permukaan yang sempurna untuk mengecat ialah: kering, stabil, besih tanpa cemaran gris, minyak dan habuk.

No comments:

Post a Comment