Thursday, July 19, 2012

TATACARA MENGECAT DINDING RUMAH

BANYAK orang yang menganggap mengecat rumah sebagai pekerjaan yang mudah. Tidak seperti yang anda bayangkan, mengecat tembok rumah ternyata ada aturannya.
Aturan ini harus dilaksanakan jika anda menginginkan hasil pengecatan yang maksimal.
Sebelum Anda mengecat, ada baiknya perhatikan hal-hal sebagai berikut:
  1. Untuk permukaan lama, periksa lapisan plamir atau cat lama masih kuat melekat atau tidak. Untuk mengetahuinya, kuaskan air pada permukaan tersebut, tunggu beberapa saat. Jika permukaan tembok tampak gelembung-gelembung, permukaan tembok harus disekrap.
  2. Permukaan yang sudah dicat sebelumnya perlu dibersihkan dulu dengan baik dan hilangkan semua bagian cat yang terkelupas, debu, dan kotoran lainnya sebelum melakukan pengecatan dengan cara diampelas lebih dulu dan lapisi dengan satu lapis cat, biarkan sampai permukaan mengering.
  3. Untuk permukaan tembok luar dengan sisa-sisa cat lama yang terkelupas, debu dan kotoran tidak boleh dibersihkan seluruhnya. Berilah sebuah lapisan plamir sebelum permukaan tersebut dicat dengan cat tembok.
  4. Hilangkan sisa-sisa jamur/lumut/minyak dengan membuang lapisan tersebut sampai bersih, kemudian lapisi plamir.
  5. Jika sebelumnya tembok telah berwarna dan ingin mengganti warna, sebaiknya pilihlah cat tembok yang memiliki daya tutup yang kuat, jika tidak, sebaiknya menggunakan kuas rol atau menutup warna yang lama (terutama warna tua) dengan menggunakan plamir tembok.
  6. Untuk mendapatkan hasil akhir terbaik untuk permukaan tembok baru, beton atau permukaan baru lainnya, berikanlah waktu pengeringan secukupnya sebelum proses pengecatan. Waktu pengeringan untuk menghindari tembok dari lembap yang dapat mempengaruhi cat menjadi berjamur dan rontok.Tembok, sebelum dicat atau diplamir, sebaiknya disiram air sebanyak mungkin dalam beberapa hari.
  7. Sebelum tembok diplamir, lapisi dulu tembok dengan wall sealer guna menetralisasi PH semen agar sesuai dengan PH cat. Dengan wall sealer, cat tidak mudah mengelupas dan warna cat tidak akan berubah dari warna aslinya


                                        



CARA MENGECAT PAGAR BESI


Bahan/Peralatan :
Cat Besi
Berus Cat 1"@1 1/2" (bergantung kepada corak pagar)
Pelarut Thinner
Pelarut Turpentine
Reja Kain
Sarung Tangan Kain
Pengikis Cat/Scraper
Kertas Pasir Besi
Pemutar Skru
Surat Khabar
Batang Kayu/Besi

Cara Mengecat :

  1. Gunakan surat khabar untuk mengalas tempat kerja.
  2. Pakai sarung tangan kain untuk keselesaan dan mengelakkan cat dari tertumpah pada tangan.
  3. Pastikan permukaan pagar bebas dari karat, kotoran dan lapisan cat lama yang merekah. 
  4. Gunakan pengikis cat ataupun kertas pasir besi untuk melicinkan permukaan.
  5. Gunakan pemutar skru untuk membuka sekeliling penutup tin cat.
  6. Kacau rata larutan cat dengan menggunakan batang kayu/besi.
  7. Jika larutan terlalu pekat, tambahkan pelarut thinner dan kacau rata larutan. Larutan cat yang terlalu pekat akan menyukarkan proses penyapuan cat pada permukaan pagar.
  8. Jika larutan cat menjadi cair selepas dicampurkan thinner, biarkan sebentar pada suhu sekitar. Ini kerana larutan tersebut akan kembali pekat setelah pelarut thinner tersebut meruap ke udara. Kacau kembali untuk mendapatkan larutan cat yang sekata.
  9. Celupkan 1/4 bahagian bulu berus pada larutan cat dan sapukan pada permukaan pagar. Jika larutan cat kembali pekat, tambahkan pelarut thinner. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kuantiti cat yang diperlukan.
  10. Biarkan lapisan pertama kering sebelum menyapu lapisan kedua untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
  11. Gunakan pelarut turpentine untuk membersihkan berus dan bahagian yang terkena cat. Jangan rendam sahaja berus di dalam pelarut kerana ia boleh merosakkan berus sebaliknya keringkan dengan menggunakan reja kain. Kemudian, basuh berus dengan air dan keringkan secara menggantung berus tersebut sebelum ia boleh disimpan untuk kegunaan akan datang. Pelarut thinner juga boleh digunakan tetapi ia akan mendatangkan rasa yang kurang selesa apabila terkena kulit.







KEMASAN BAHAN LUTSINAR


Proses mengemas permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut langkah-langkah berikut.


a.Persedian Permukaan – Pembersihan permukaan merupakan satu langkah yang penting yang mesti dilakukan dengan sempurna. Pada dasarnya, permukaan mestilah bersih, licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh dihilangkah dengan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan dempul atau kayu plastik.


b.Rawatan pada permukaan – Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan pada permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya, langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:


1)Pelunturan (bleaching) – Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas untuk kegunaan pada kayu.


a)Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua ialah hydrogen peroksida pekat.


b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.


2)Pelumuran (staining) – Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan warna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya. Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur minyak.


3)Penutup – Utuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping mengurangkan resapan bahan kemasan pada kayu.


4)Mengenakan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar – Kaedah kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastik. Tiap-tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan bebeapa lapisan yang tipis. Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan

MENGECAT PERMUKAAN KONKRIT, LEPA DAN BATA


Permukaan konkrit dan lepa bersifat alkali apabila baru dibuat kerana kandungan simen atau kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali ini akan bertindak balas dengan cat dan menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui sejatan mengambil masa yang agak lama. Oleh sebab itu, mencapai kemasan cat yang bermutu, keadaan-keadaan yang berikut mestilah di atasi.

a.Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya penyerapan yang tiak sekata – Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi di cairkan dengan air.

b.Permukaan yang tidak rata – Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan lekuk-lekuk ditampalkan dengan lepa.

c.Tumbuhan kulat dan sebagainya – Kejaidan seperti ini mungkin disebabkan oleh kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan tembok dengan cara membasuh menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan sehingga kering sebelum dict semula.

d.Pemeluwapan – Pemeluwapan berlaku pada permukaan tembok yang keas dan tidak menyerap. Permukaan tembok boleh dibasuh dengan larutan asid cair ataupun larutan campuran 5 bahagian turpentine dengan 1 bahagian minyak linseed. Kesimpulannya, keadaan permukaan yang sempurna untuk mengecat ialah: kering, stabil, besih tanpa cemaran gris, minyak dan habuk.

Monday, July 16, 2012

CARA MENGECAT

Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:
a.Persediaan Permukaan – Ini merupakan langkah utama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini menentukan permukaan yang akan dicat itu licin, besih, kering dan stabil.
b.Bancuhan cat – Kebanyakan cat yang telah lama disimpan mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Perhatian hendaklah diambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah keras sebelum dikacau supaya bahagian yang telah keras tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan kain nipis.
c.Melarut - Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu atau disembur.
d.Keadaan yang sesuai untuk mengecat – Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berabuk.
e.Mengecat lapisan asas – Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu lapisan yang kuat untuk menerima lapisan-lapisan selanjutnya.
f.Penutup – Lubang paku, retak dan tanda-tanda lain hendaklah ditutup selepas cat lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-bahan penutup (putty)
g.Mengecat lapisan alas – Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan kemasan.
h.Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan – Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang pemantulan cahaya. Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
1)Disapu dengan berus.
2)Menggunakan penggelek atau rola
3)Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah.