Thursday, July 19, 2012

KEMASAN BAHAN LUTSINAR


Proses mengemas permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut langkah-langkah berikut.


a.Persedian Permukaan – Pembersihan permukaan merupakan satu langkah yang penting yang mesti dilakukan dengan sempurna. Pada dasarnya, permukaan mestilah bersih, licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh dihilangkah dengan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan dempul atau kayu plastik.


b.Rawatan pada permukaan – Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan pada permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya, langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:


1)Pelunturan (bleaching) – Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas untuk kegunaan pada kayu.


a)Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua ialah hydrogen peroksida pekat.


b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.


2)Pelumuran (staining) – Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan warna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya. Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur minyak.


3)Penutup – Utuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping mengurangkan resapan bahan kemasan pada kayu.


4)Mengenakan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar – Kaedah kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastik. Tiap-tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan bebeapa lapisan yang tipis. Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan

No comments:

Post a Comment