Monday, July 16, 2012

CARA MENGECAT

Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:
a.Persediaan Permukaan – Ini merupakan langkah utama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini menentukan permukaan yang akan dicat itu licin, besih, kering dan stabil.
b.Bancuhan cat – Kebanyakan cat yang telah lama disimpan mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Perhatian hendaklah diambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah keras sebelum dikacau supaya bahagian yang telah keras tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan kain nipis.
c.Melarut - Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu atau disembur.
d.Keadaan yang sesuai untuk mengecat – Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berabuk.
e.Mengecat lapisan asas – Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu lapisan yang kuat untuk menerima lapisan-lapisan selanjutnya.
f.Penutup – Lubang paku, retak dan tanda-tanda lain hendaklah ditutup selepas cat lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-bahan penutup (putty)
g.Mengecat lapisan alas – Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan kemasan.
h.Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan – Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang pemantulan cahaya. Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
1)Disapu dengan berus.
2)Menggunakan penggelek atau rola
3)Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah.


No comments:

Post a Comment